(Datuk Dr Muhammad Agus Yusoff bersama pelajar pada
Program Semarak MADANI di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jarum, Pasir Mas, Kelantan)
PASIR MAS, 17 Jun- Program Semarak MADANI anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) wajar diteruskan dengan melibatkan lebih ramai komuniti di negara ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Muhammad Agus Yusoff berkata, lebih banyak komuniti baru perlu diterokai dalam usaha menerapkan penghayatan dan pemahaman konsep Malaysia MADANI.
“Program Semarak MADANI mendekati komuniti perlu diteruskan sampai bila-bila, bukan hanya komuniti kampung, ibu tunggal, pemadu teksi, masyarkat Felda, orang kurang upaya OKU, malah dengan pelbagai lagi komuniti gelandangan dan sebagainya.
"Itu yang perlu kita hadirkan diri bersama mereka untuk menunjukkan kepada mereka inilah kasih sayang perpaduan madani, saya rasa banyak lagi komuniti baru yang perlu kita terokai.”
Beliau berkata demikian pada pemberita selepas merasmikan Program Semarak MADANI di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jarum, Pasir Mas, Kelantan.
Pada program tersebut, seramai 850 penduduk sekitar menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan antaranya kenduri rakyat, sukan komuniti serta pameran dari jabatan dan agensi kerajaan.
Mengulas lanjut, katanya penganjuran program berkenaan bukan semata-mata bagi beramah mesra bersama komuniti setempat malah, kerajaan juga berusaha mendapatkan isu-isu setempat dan mencari ruang membantu rakyat mendepani isu berkaitan.
Katanya, setakat ini pelbagai program berteraskan konsep MADANI telah dilaksanakan antaranya, Himpunan Mahasiswa MADANI, Jelajar MADANI dan Kemahiran Digital MADANI.
Program-program seumpama itu akan diteruskan pada masa akan datang bersesuaian dengan peranan jabatan berkenaan sebagai wadah perpaduan dan penyatuan antara kerajaan dan masyarakat.
(Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr Muhammad Agus Yusoff)