fb fb fb fb fb

RM410 juta diluluskan, projek jalan luar bandar di Limbang

LIMBANG, 11 Jun - Sebanyak RM410 juta diluluskan untuk projek jalan luar bandar di Limbang, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah.

Daripada jumlah peruntukan itu, RM200 juta untuk Jalan Bukit Lubok ke Limpaku Pinang, dan RM210 juta bagi Jalan Hulu Kubong ke Hulu Pandaruan menuju ke Medamit.

Hasbi berkata, projek Jalan Ulu Lubai ke Sekolah Kebangsaan Lubai pula melibatkan peruntukan sebanyak RM46.5 juta yang akan dilaksana secara tender terbuka.

"Iaitu jalan menuju daripada Bukit Lubok menuju ke Limpaku Pinang di mana ada dua buah jambatan jalan di Teluk Brunei, ianya telah diluluskan bawah Rolling Plan Ke3 (RP3) bawah projek jalan luar bandar telah pun diluluskan sebanyk RM200juta. Alhamdulillah syukurlah.

"Satu lagi jalan yang kita mohon ialah jalan daripada Hulu Kubong ke Ulu Pandaruan menuju ke Mendamit, jalan itu adalah yang sekian lama berpuluh-puluh tahun ini adalah merupakan jalan yang digunakan pelbagai konsensi, tapi sekarang kita sudah mendapat kelulusan untuk melaksanakan jalan tersebut bawah jalan luar bandar sebanyak RM210 juta telah diluluskan dalam RP3," kata Hasbi. 

(Hasbi ditemui media pada Program Ziarah UKAS Ngabang Gawai Bahagian Limbang
di Rumah Helen,Kampung Ensurai Limbang)

 

Media Baharu