KUALA LUMPUR, 15 Mac- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited dalam memastikan penyediaan prasarana pendidikan termasuk kuaters guru yang kondusif dan selamat untuk diduduki.
RM40 juta diperuntuk KPM setiap tahun bagi tujuan baik pulih dan penyelenggaraan yang turut melibatkan pemantauan dari Jabatan Kerja Raya (JKR).
Menurut AHli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying, "imbuhan tetap perumahan serta 50%, elaun sara hidup guru-guru akan dipotong, peruntukan ini dimasukkan ke dalam hasil kerajaan bawah kumpulan wang yang disatukan.
"KPM memperuntukkan anggaran RM40 juta setiap tahun bagi tujuan penyelenggaran kuaters KPM bawah peruntukan pembangunan," katanya ketika menjawab pertanyaan wakil Bentong, Young Syefura Othman.
Beliau memaklumkan ketika ini hanya 29,207 unit kuaters guru yang diduduki daripada 47,947 unit jumlah keseluruhan.
Bagi kuarters guru yang tidak diduduki, KPM telah melantik perunding hartanah bagi menjalankan kajian cadangan penyelesaian dan mengoptimumkan penggunaan kuarters yang akan selesai pada April tahun ini.
(Lim Hui Ying)