fb fb fb fb fb

Kerajaan tingkat penglibatan Orang Asli pulih alam sekitar

SELANGOR, 15 Mac- Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan terus meningkatkan penglibatan masyarakat Orang Asli dalam usaha pemeliharaan alam sekitar.

Ianya bertepatan dengan salah satu rukun Malaysia MADANI iaitu kemampanan yang mensyaratkan kesejahteraan dan keseimbangan dengan pengertian saling menghormati dan mengasihi sesama manusia dan alam sekitar termasuk haiwan dan tumbuhan.

Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata komuniti itu dilihat mampu menjadi barisan hadapan kerana mempunyai ilmu dan kemahiran menggunakan sumber alam dengan impak minimum terhadap risiko pencemaran.

 
(Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad)

Tambahnya lagi dengan penglibatan bersama badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pelindung Harimau Malaysia (RIMAU) di Taman Negeri Royal Belum di Perak dlihat dapat melindungi spesisi haiwan terancam.


"Kerana mereka hidup dan berdepan dengan cabaran harimau ini dan bagamana untuk memastikan spesis yang terancang ini dapat dipertahankan jadi tanpa penglibatan mereka tidak dapat berjaya dan saya tengok macam disana pun NGO tersebut bukan hanya membuat program pendidikan, program kebudayaan dengan masyarakat Orang Asli supaya ada dan juga dapat memastikan mereka dapat memainkan peranan sebagai barisan depan

"jadi saya yakin lah kita akan bekerjasama wlpun jakao dibawah kwilyah persekutuan tetapi kita akan bekerjasama, supaya kita dapat melibatkan mereka dengan lebih aktif untuk memelihara alam sekitar," katanya selepas merasmikan pelancaran program penanaman pokok merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) AEON BIG Sdn Bhd di Dewan Serbaguna JAKOA, Gombak.

Dalam program berkenaan sebanyak 300 anak pokok buah dan pokok hutan ditanam hasil kerjasama antara Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta AEON BIG dengan penglibatan seramai 70 orang sukarelawan.

Media Baharu