fb fb fb fb fb

RM4.7 juta diperuntuk bagi Program MyLesen 2023

KUALA LUMPUR, 23 November- sejumlah RM4.7 juta diperuntukkan Kementerian Pengangkutan bagi pelaksanaan Program MyLesen pada tahun ini.

Jumlah tersebut telah memanfaatkan 13,000 peserta daripada golongan B40 dan belia, untuk mendapatkan lesen secara percuma.

Sehingga 19 November, lebih 9,000 peserta telah berdaftar ke Institut Memandu bagi mendapatkan inisiatif bantuan tersebut.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata usaha itu juga sebagai langkah untuk membuka peluang buat golongan tidak berkemampuan menceburi sektor gig.

"Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia telah memperuntukan sebanyak RM4.7 juta bagi Program MyLesen Tahun 2023 yang telah memanfaatkan13,000 peserta daripada golongan B40 dan belia untuk mendapatkan lesen yang sewajarnya secara percuma dan seterusnya membuka peluang pekerjaan di dalam sektor gig economy, pengangkutan awam dan pelancongan.

"Sehingga 19 November 2023, jumlah peserta yang telah berdaftar ke Institut Memandu bagi mendapatkan Lesen terlibat secara percuma adalah sebanyak 9,994 peserta", katanya di Dewan Rakyat.

Penyataan tersebut bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Hulu Selangor, Mohd Hasnizan Harun yang ingin tahu usaha kerajaan dalam membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan lesen motor dan kereta.

ROSLINA BINTI DIN