fb fb fb fb fb

RM1 juta untuk jayakan program dasar dan agenda Kerajaan Madani di Terengganu

Pengarah Japen Terengganu, Sait Yaman

DUNGUN, 23 November - Jabatan Penerangan (Japen) Terengganu membelanjakan lebih RM1 juta bagi menjayakan pelbagai program dasar dan agenda Kerajaan Madani sepanjang tahun ini.

Selain dapat merapatkan jurang antara komuniti, Japen negeri itu juga memberi penerangan mengenai isu-isu semasa berkaitan Malaysia Madani.

Pengarahnya, Sait Yaman berkata lima program utama diberi fokus mendekati rakyat terutama penduduk di kawasan pedalaman.

Antaranya Jualan Rahmah Kita Madani, Kembara Merdeka Jalur Gemilang, Pertandingan Sketsa Rukun Negara dan program jalinan insan wahana Aspirasi (JIWA). 

Program seumpama ini akan diperhebat dengan nafas baharu supaya agenda utama Kerajaan Madani dapat disebar luas pada masa akan datang.

"Dalam tahun 2024, Insha-Allah kita akan perhebatkan lagi dan kita mugkin menjenamakan semula beberapa program seperti ini untuk menarik lagi minat org ramai menyertai program-program diadakan; dimana kita tambah baik program-program akan kita laksanakan pada masa akan datang. Mungkin juga mulai tahun 2024, peruntukan akan ditambahkan lagi untuk program seperti ini," kata Sait Yaman selepas Program Jualan Rahmah Kita Madani yang disempurnakan Ahli Dewan Negara, Senator Hasbi Muda, di sini.

Program akhir tahun itu juga berjaya menarik lebih 500 pengunjung sekitar dengan penjimatan 20% murah daripada harga pasaran.

TETITIA YUSOFF