fb fb fb fb fb

RM4.4 bilion dibelanjakan untuk pemulihan diabetes setiap tahun

LANGKAWI, 14 Januari- Populasi diabetes di Malaysia antara yang tertinggi di dunia selain tertinggi di Asia.

Berikutan itu sebanyak RM4.4bilion dibelanjakan setiap tahun bagi tujuan pemulihan.

Dapatan daripada laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu amat membimbangkan.

Sebagai langkah kesedaran selain mendidik dan memberi motivasi kepada rakyat untuk mencegah serta mengurus risiko diabetes, Pelajar Diploma Lanjutan Penjagaan Diabetes Alor Setar Kedah mengambil pendekatan mencegah penyakit tersebut melalui Program 'One Heart with Diabetes'.

Menurut pengerusi program itu Muhammad Rizal Mohd Lotfi, kerjasama itu dilakukan bersama KKM dan pelbagai pihak lain.

"Kesedaran awal berkenaan diabetes sangat penting iaitu cara mengawal, mengatasi penyakit itu, kawalan perubatan, pemakanan serta gaya hidup," katanya pada sebuah program di Masjid Al Ehsan Kampung Temonyong, Langkawi di sini.

Langkawi dipilih menjadi lokasi penganjuran susulan daerah itu antara yang berisiko tinggi penyakit berkenaan di Kedah. 

(Foto hiasan)

Media Baharu