fb fb fb fb fb

PM ucap selamat berjuang kepada The Speedy Tigers pada aksi Piala Dunia 2023

(Skuad Malaysian Tigers yang menggalas cabaran negara pada Piala Dunia 2023 Bhubaneswar-Rourkela di India/MHC)

KUALA LUMPUR, 14 Januari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berjuang kepada skuad hoki negara yang bakal memulakan aksi Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar dan Rourkela, India.

Beliau yakin pasukan kendalian A. Arul Selvaraj itu mampu mempamerkan aksi terbaik, sekali gus mencipta kejutan pada kejuaraan tersebut.

“Saya dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan buat Speedy Tigers. Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang kejohanan berlangsung", katanya menerusi catatan di facebook.

"Harumkan nama negara di persada dunia.

Selepas pertemuan dengan Belanda, skuad The Speedy Tigers dijadual menentang Chile Isnin ini dan New Zealand pada 19 Januari.


(Foto FB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Media Baharu