fb fb fb fb fb

Dua rentung dalam kemalangan kereta dan lori

(Dua mangsa kemalangan rentung di Kampung Datuk Sharif Ahmad, Jalan Temerloh-Kuala Krau)

TEMERLOH, 14 Januari- Dua individu ditemukan rentung dalam kenderaan masing-masing selepas terbabit kemalangan melibatkan sebuah lori dan kereta yang terbakar di Kampung Datuk Sharif Ahmad, Jalan Temerloh-Kuala Krau, pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.48 pagi itu, seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krau dan BBP Temerloh dengan tiga jentera dikejarkan ke lokasi kemalangan.

Zulfadli berkata, kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 11.46 pagi.

Pihaknya kemudian bertindak mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dalam kenderaan terbabit.

"Anggaran kemusnahan kereta adalah 100% dan lori 80%," katanya.

Tambah beliau, kedua-dua mangsa meninggal dunia tempat kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

(Kedua-dua mangsa meninggal dunia tempat kejadian dengan kemusnahan kereta
sebanyak 100% dan lori 80%)

Media Baharu