KUALA LUMPUR, 10 Oktober - Sebanyak RM300 juta peruntukan bagi kerjasama dengan semua kerajaan negeri untuk memanfaat penggunaan tanah bagi projek pertanian.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia sebagai usaha memperhebat dan menyokong tanaman jagung bijian, ternakan akuakultur serta aktiviti tanaman padi di Sabah dan Sarawak.
"Lebih 360 projek dilaksanakan mencakup projek tanaman, ternakan, perikanan dan automasi pertanian.
"Umpamanya projek Bawang di Perak dan Kelantan; tanaman tembikai wangi, kerang dan udang galah di Melaka; ternakan lembu di Pahang; dan biri-biri pedaging di Johor," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) bawah Tekad 5: Memperkukuh Ketahanan Negara di Dewan Rakyat.