fb fb fb fb fb

Projek Pemindahan Air Jeniang menelan kos RM1.28 bilion, dilaksana 2026

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 10 Oktober - Projek Pemindahan Air Jeniang akan mula dilaksanakan tahun depan dengan kos RM1.28 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi membina sungai baharu untuk pengairan yang menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun.

"Tanah-tanah sawah bermasalah akan dipulihkan, prasarana ditambah baik termasuk mengguna pakai model sawah berteknologi moden dengan dana RM100 juta.

"Bagi meningkatkan hasil tuaian, 6,400 pesawah akan dibekalkan dengan baja foliar untuk nutrien padi dan bahan kesuburan tanah sawah dengan peruntukan RM20 juta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) bawah Tekad 5: Memperkukuh Ketahanan Negara di Dewan Rakyat.

Selain itu Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa Sistem Pengairan Tersier Fasa 1 bagi Projek Tanaman Padi Lima Musim Dua Tahun di kawasan MADA Kedah dan Perlis telah siap.

Fasa berikutnya akan siap secara berperingkat sehingga suku kedua 2030.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI