fb fb fb fb fb

RM3.65 juta tingkat sistem IT di KSAB

Foto Bernama

JOHOR BAHRU, 30 Oktober - Pengurusan di pintu masuk sempadan negara terus diperkukuh dengan pemasangan 14 papan tanda elektronik (VMS) di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Iskandar Puteri.

Projek bernilai RM3.65 juta itu meningkatkan sistem teknologi maklumat dan penyampaian maklumat rentas sempadan secara lebih pantas dan efisien.

Usaha tersebut juga bukti komitmen kerajaan negeri bagi memastikan fasiliti di pintu masuk utama Johor–Singapura kekal moden.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, selain projek VMS, beberapa pembangunan besar turut dilaksana bagi meningkatkan kecekapan fasiliti di KSAB dan CIQ Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru.

"Untuk projek dewan penumpang, RM37 juta. Bagi projek lori dengan MAQIS, RM30 juta, naik taraf interlocking kawasan lori, 43 juta, tandas tadi RM7.9 juta dan lorong motosikal akan siap tahun hadapan, RM12.6 juta. Ada yang bakal siap tahun hadapan dan ada juga yang akan dimulakan pembinaannya tahun hadapan," katanya selepas Majlis Penyerahan Projek Penggantian dan Penambahan Signage serta VMS di KSAB.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN