fb fb fb fb fb

RM234 juta diperuntukkan kerajaan bagi pembinaan PPR di Bera

PAHANG, 22 Oktober- 1000 ketua Keluarga Malaysia di Bera bakal menikmati kediaman yang selesa dan mampu milik menerusi program perumahan rakyat (PPR) di Bandar 34, Bera,
Pahang.

Bagi tujuan itu, RM234 juta diperuntukkan oleh kerajaan bagi pembinaan PPR Bera di atas tanah seluas 90 ekar yang turut melibatkan pembangunan bercampur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 1000 unit rumah jenis teres satu tingkat termasuk 10 unit rumah bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) itu turut dilengkapi infrastruktur seperti Masjid, Taska, Tadika, Dewan Serbaguna dan ruang kedai.



"Saya ingin memaklumkan bahawa satu lagi inisiatif keluarga malaysia ialah projek PPR Bera, bagi memenuhi keperluan setempat kediaman untuk mereka yang berkelayakan yang belum memiliki rumah projek PPR Bera ini merupakan satu manifestasi kerjasama erat antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Pahang, bagi merealisasikan rumah mampu milik untuk
keluarga malaysia Majlis Perumahan Mampu Milik Negara atau MPNN akan membantu dari segi pemberian subsidi manakala kerajaan Pahang pula akan menyediakan tanah," katanya

Bagi setiap unit PPR Bera, akan dijual pada harga RM45,000 seunit, berkeluasan 750 kaki persegi, dilengkapi 3 bilik tidur dan dua bilik air.

Selain itu, konsep 'rent to own' juga akan di aplikasikan dalam PPR Bera dimana penghuni akan menyewa untuk tempoh 20 tahun sebelum ia dipindah milik sepenuhnya kepada penyewa.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) Bera, Pahang.

Turut hadir, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Timbalan Menteri KPKT, Datuk Seri Dr Ismail Abdul Muttalib.

Dalam pada itu, kerajaan telah mensasarkan untuk menyediakan 500,000 unit rumah PPR mampu milik dapat disediakan seluruh negara dalam Rancangan Malaysa Ke-12.

Sehingga 31 ogos lalu, sebanyak 156 projek PPR melibatkan 100,000 unit kediaman telah dibangunkan seluruh negara dengan peruntukkan sebanyak RM8.6 billion.

Manakala, negeri Pahang merupakan negeri yang memiliki projek PPR terbanyak di semenanjung dengan 31 projek membabitkan 4,000 unit rumah.

Sehingga kini, sebanyak tiga projek PPR di Pahang dalam proses pembinaan membabitkan PPR Tahan di Jerantut, Rumah Malaysia Lanchang di Temerloh dan PPR Beserah, di Sungai Karang, Kuantan.


Media Baharu