fb fb fb fb fb

Pihak industri perlu bersama lestarikan alam sekitar - Tuan Ibrahim

(FOTO HIASAN)

KUANTAN, 22 Oktober - Semua pihak termasuk pihak perindustrian disaran bekerjasama dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam pemeliharaan alam sekitar.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia termasuk bersama-sama menyumbang inisiatif pemuliharaan alam sekitar demi menjaga kelestariannya.

(Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man / FOTO FAIL)

"Sebagai contoh, bila sesuatu kilang dibuka memang kilang mematuhi peraturaan sedia ada, tetapi pematuhan sahaja tidak mencukupi, kita mahu dia turut menyumbang, apa sumbangan syarikat itu untuk melestarikan alam sekitar.

"Contohnya denai kita selamat, semua buangan sisa kita lestarikan, mesti patuh jadual pembuangan sisa terjadual," katanya dalam sidang media selepas pelancaran Buku Islam dan Alam Sekitar Sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2022 Peringkat Kebangsaan di Dewan Bandaraya Kuantan, di sini.

Tambah Tuan Ibrahim, pelbagai program telah disediakan kementerian antaranya membangunkan denai di tepi sungai sebagai kawasan tempat beriadah sebagai langkah pencegahan pencemaran di kawasan berkenaan.

Media Baharu