fb fb fb fb fb

Budaya 'cah keting' rugikan parti dan diri sendiri - Annuar Musa

KOTA BHARU, 22 Oktober - Budaya 'cah keting' atau sabotaj tidak sepatutnya wujud dalam kalangan ahli parti kerana ia merugikan parti dan diri sendiri.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata ahli Barisan Nasional (BN) perlu mengutamakan semangat untuk berkorban dan setia berkhidmat kepada parti meskipun tidak tercalon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

(Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa)

"Kalau cah keting...itu dah kepentingan peribadilah kita sanggup buat benda yang hendak memuaskan perasaan peribadi kita. Apa yang Presiden dan juga Perdana Menteri sebut itu adalah tepat sekali dan kita sudah lalui beberapa kali, kalau ada budaya cah keting yang ruginya parti itu juga akhirnya dan kita sendiri," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Himpunan Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Wilayah Kelantan di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Melor, di sini.

Mengulas lanjut, Tan Sri Annuar berkata dalam sistem pilihan raya, pemilihan calon ditentukan parti dan bukannya hak peribadi.

Pemilihan itu perlu mendapat persetujuan jentera parti, direstui oleh pucuk pimpinan parti serta disenangi oleh rakyat.

Media Baharu