fb fb fb fb fb

RM21.9 juta bagi projek pembinaan 47 TABIKA dan TASKA

ALOR GAJAH, 23 Jun - Sebanyak RM21.9 juta diperuntukkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi projek pembinaan 47 Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) tahun ini.

Timbalan Menteri 1 KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, ia membabitkan 45 TABIKA dan lima TASKA yang dibina di seluruh negara kecuali di Pahang dan Pulau Pinang.

Beliau berkata, projek berkenaan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun seterusnya dapat menampung permintaan dan keperluan semasa pendidikan awal kanak-kanak di kawasan bandar dan pinggir bandar.


(Timbalan Menteri 1 KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad)

"Progres berjalan dengan baik dari segi sambungan dan yang baru dalam proses dalam beu pelantikan kontraktor menjalanknn kerja-kerja tersebut kalau tidak silap saya dalam bulan lepas maknanya mereka sedang menyediakan dari segi briling diperingkat awalan, kebiasaanya kita akan amik masa dalam setahun .la dalam dua tahun la," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Sijil Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak (SPAK) 2022 kepada 349 penerima di Kem Permata Resort, Ayer Paabas, Alor Gajah di sini.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 700 TABIKA KEMAS akan dibekalkan dengan akses internet tahun ini dan sekurang-kurangnya 50 peratus di premis TADIKA dan TASKA mempunyai akses internet menjelang 2030.

Media Baharu