fb fb fb fb fb

RM20 juta untuk remajakan Pusat Bandar Kuala Lumpur

Dr Zaliha Mustafa ditemui selepas merasmikan Pelancaran Program Geran Kreatif KL di ibu negara

KUALA LUMPUR, 28 Mei- Sebanyak RM20 juta telah diperuntuk untuk meremajakan Pusat Bandar Kuala Lumpur melalui Program Geran Kreatif KL.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, program yang bertunjangkan enam tema utama itu dijangka menarik minat lebih ramai pemohon untuk menyertainya.

"Geran terbuka kepada sesiapa yang berminat dan kita memberikan serendah RM30,000 sehingga maksimumnya RM300,000.

"Kita juga akan memantaulah kepada penerima geran ini dan juga kita akan membantu mereka,"katanya.

Program yang diperluas dan dibuka sehingga 29 Julai itu, secara tidak langsung telah memberi manfaat ekonomi yang besar kepada peniaga, artisan dan usahawan tempatan selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pelancaran Program Geran Kreatif KL di ibu negara.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE