fb fb fb fb fb

Peruntukan RM120,000 baik pulih bumbung Pangsapuri Putra Ria - Fahmi

Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 28 Mei - Perbelanjaan sebanyak RM120,000 diperuntukan bagi membaik pulih baik pulih bumbung Pangsapuri Putra Ria di sini yang rosak akibat kejadian ribut pada Sabtu lepas.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil berkata pihaknya juga akan berbincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh bagi menyegerakan kerja-kerja baik pulih itu.

"Saya harap kerja-kerja dapat dimulakan segera yang mungkin. Kalau boleh kita nak mulakan esok, tetapi saya perlu adakan perbincangan sedikit dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk penyelarasan penggunaan peruntukan itu," kata Fahmi kepada media selepas meninjau dan menghulurkan sumbangan kepada penduduk terkesan dengan kejadian itu.

Beliau juga berkata pihak pengurusan pangsapuri telah diminta memeriksa semua struktur bumbung di tiga blok pangsapuri itu supaya tindakan komprehensif boleh diambil sekiranya terdapat risiko kepada penduduk.

Sabtu lepas, kejadian ribut pada kira-kira pukul 5.00 petang menyebabkan lapan rumah terjejas teruk di bahagian bumbung manakala lapan kenderaan iaitu lima motosikal dan tiga kereta di kawasan parkir rosak akibat ditimpa cebisan bumbung yang diterbangkan angin.

TETITIA YUSOFF