fb fb fb fb fb

RM20 juta diperuntuk naik taraf sekolah kem tentera seluruh negara

Datuk Fahmi Fadzil bercakap pada sidang media di Putrajaya, hari ini / BERNAMA

PUTRAJAYA, 18 Jun- Kerajaan bersetuju memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi kerja-kerja menaik taraf fasiliti 30 buah sekolah yang terletak dalam kawasan kem tentera di seluruh negara.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan peruntukan tersebut akan diberikan kepada Kor Kejuruteraan Tentera berhubung usaha berkenaan.

"Kami harap ia dapat membantu memandangkan sekolah-sekolah tersebut bukan di bawah jagaan Kementerian Pendidikan tetapi Kementerian Pertahanan.

"Kami percaya ia dapat menyelesaikan beberapa isu yang dihadapi oleh sekolah-sekolah tersebut," katanya dalam sidang media mingguan Kementerian Komunikasi, hari ini.

Pada 15 Jun lalu, Datuk Seri Anwar mengumumkan peruntukan untuk beberapa projek di Pangkalan Tentera Laut Malaysia (TLDM) Lumut, Perak yang diluluskan tahun ini, demi kesejahteraan pasukan keselamatan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE