fb fb fb fb fb

Pembebasan segera delegasi Malaysia dituntut

Foto Arkib

KUALA LUMPUR, 2 Oktober - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen kerajaan bagi memastikan keselamatan dan pembebasan segera delegasi Malaysia yang ditahan rejim Zionis.

Ketua Pengarah Pusat Komunikasi dan Kawalan Kapal (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata Perdana Menteri memaklumkan perkara tersebut pada jam 9.38 pagi tadi.

"Saya telah diberitahu oleh pejabat Perdana Menteri bahawa YAB Perdana Menteri telah membuat panggilan kepada Presiden  Erdogan dan saya kira beliau telah dan  sedang melaksanakan tugasan dan peranan beliau sebagai penaung utama misi ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media misi bantuan kemanusiaan Global Sumut Flotilla di Pusat Kawalan Sumut Nusantara di Sepang, Selangor hari ini.

Menurutnya, hubungan baik Malaysia dan negara-negara luar akan membantu memudahkan proses negosiasi sekaligus memastikan pembebasan kesemua aktivis yang ditahan.

Tambahnya lagi, Timbalan Perdana Menteri serta Pejabat Perdana Menteri, Wisma Putra, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Komunikasi, turut menghubungi SNCC bagi mengikuti perkembangan secara langsung misi tersebut.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN