fb fb fb fb fb

Kapal bawa Ardell Aryana dipercayai dipintas Israel

Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby, Ketua Pengarah SNCC / BERNAMA

SEPANG, 3 Oktober -Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan kapal Mikeno yang dinaiki aktivis Malaysia, Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Ardell Aryana, dipercayai sudah dipintas tentera Israel.

Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, berdasarkan sistem penjejak, kapal itu kini dikesan tidak lagi bergerak selepas lebih 20 jam gagal dihubungi.

"Kemungkinan, pertama ialah kapal berkenaan sudah tidak bergerak manakala kemungkinan kedua, mereka masih berada di atas kapal tetapi dalam proses pemindahan," katanya pada sidang media di sini, malam tadi.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa kapal berkenaan sempat menghampiri pantai Gaza kerana berada paling hadapan dalam flotila.

Katanya, maklumat terkini menunjukkan pola tindakan Israel konsisten dengan operasi rampasan sebelum ini.

Menurut Sani Araby, kesemua 23 sukarelawan Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) dipercayai akan dibawa ke darat bagi tujuan soal siasat dan tahanan sementara.

"Namun, ketika ini kita belum dapat mengesahkan perkara itu secara rasmi," jelasnya.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN