fb fb fb fb fb

Sektor komoditi antara penyumbang utama pertumbuhan ekonomi

BERA, 30 Oktober - Sektor komoditi menjadi antara penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan memperuntukkan RM2.6 bilion melibatkan lima inisiatif utama bagi sektor itu.

"Inisiatif pertama, sebanyak RM315 juta bagi program pembangunan kawasan bertanam getah pekebun kecil untuk menggantikan pokok getah yang memberi manfaat kepada 387,000 pekebun kecil. Untuk (inisiatif) kedua pula, program pembangunan hasil baru bagi menggalakkan pekebun kecil meneroka pendapatan baharu selain getah dengan peruntukan RM40 juta.

(Ismail berucap pada Majlis Pekebun Kecil Makmur Keluarga Malaysia, di sini)

"Dalam pada itu, inisiatif ketiga pula kata Ismail, insentif pengeluaran lateks diperkenalkan bersama-sama dengan Projek Transformasi Perusahaan Getah (TARGET) untuk menambah baik rantaian bekalan bahan mentah melalui koperasi," kata Ismail di sini.

Melalui inisiatif keempat pula katanya, kerajaan memperkenalkan skim perlindungan pertanian untuk melindungi pengusaha pertanian daripada sebarang risiko luar kawalan seperti cuaca, penyakit dan makhluk perosak.

Bagi masyarakat Orang Asli di Bera, projek tanam semula ladang Orang Asli akan dilaksanakan melalui inisiatif kelima, merangkumi kerja penanaman semula getah dan sawit.

Namun katanya, inisiatif ini hanya dapat dilaksanakan sekiranya pekebun kecil terus memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Beliau dalam pada itu turut meminta rakyat membuat keputusan bijak pada 19 November ini dan memastikan kerajaan sekarang terus dipilih bagi memastikan Bajet 2023 sepertimana yang dibentangkan pada 7 Oktober lalu, dapat dilaksanakan.

Media Baharu