fb fb fb fb fb

Seorang lelaki maut ketika mendaki Gunung Pulai

GUNUNG PULAI, 30 Oktober- Seorang lelaki pengsan sebelum disahkan meninggal dunia ketika menjalankan aktiviti mendaki Gunung Pulai, Kulai, Johor, kira-kira pukul 9.50 pagi tadi.

Mangsa, Tee Kok Soon, 55 tahun dilapor melakukan aktiviti tersebut secara berkumpulan untuk ke puncak gunung.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Pegawai Bomba Tinggi 2 Bahtiar Selamat dalam kenyataan berkata, mangsa dipercayai pengsan selepas mendaki setinggi 300 meter.

Tujuh anggota digerakkan ke lokasi dan berjaya membawa turun mangsa ke kaki gung.

(Foto fail)

Bagaimanapun selepas tiba, pihak kesihatan yang menjalankan pemeriksaan mendapati mangsa telah meninggal dunia.

Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Media Baharu