SHAH ALAM, 4 Ogos - Pembangunan pelabuhan ketiga di Pulau Carey, Kuala Langat antara skop perbincangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri, JBI Selangor, hari ini.
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, skop perbincangan itu masih di peringkat awal dan memerlukan penelitian Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan.
" Rancangan Selangor kedua akan dibentang pada Jun tahun depan ataupun sidang kedua pada Jun atau Julai, mengikut kesesuaian masa", kata beliau selepas Mesyuarat JBI Selangor 2025 yang dipengerusikan bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz di Shah Alam.
Dalam mesyuarat tersebut, tiga kertas perbincangan turut dibawa kerajaan Selangor melibatkan pembangunan Taman Industri, Pembinaan Projek Waste-to-Energy dan Taman Aero Selangor.
Pihak MITI pula membentangkan cadangan berkaitan pembangunan "downstream and midstream" unsur nadir bumi dan mekanisasi robotik dalam pengurusan pembersihan.