fb fb fb fb fb

Barang keperluan penduduk terjejas banjir di Kedah dijamin cukup

(Penduduk terjejas banjir di PPS SK Suka Menanti)

ALOR SETAR, 30 Oktober- Semua barang keperluan termasuk bekalan makanan dan minuman kepada penduduk terjejas banjir di PPS Kedah dijamin mencukupi.

Bekalan makanan dan minuman serta keperluan lain diuruskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Kerjasama daripada pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan RELA diselaraskan dengan sempurna.

Ketua Bahagian Sekretariat, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, di Kota Setar, 74 penduduk ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Suka Menanti.

Jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di dua pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Daerah Kubang Pasu dan Kota Setar semakin berkurangan.

Sehingga pukul 4 petang tadi, seramai 104 penduduk melibatkan 36 keluarga masih ditempatkan di PPS berbanding 143 penduduk tengah hari tadi.

Manakala di Kubang Pasu, 30 penduduk ditempatkan di PPS SK Binjai.

Ia termasuk di SK Suka Menanti, Alor Setar yang dijadikan PPS bagi menempatkan 74 penduduk terjejas banjir daripada 24 keluarga.

(Pegawai JKM melawat PPS di SK Suka Menanti)

Media Baharu