fb fb fb fb fb

Penemuan mineral REE di Kedah, jangka tingkatkan kutipan hasil

ALOR SETAR, 30 Oktober - Kedah menjangkakan peningkatan kutipan hasil baharu yang diperolehi daripada mineral Unsur Nadir Bumi (REE) yang ditemui di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi berkata ketika ini kerajaan negeri akan menyaipkan Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan kaedah perlombongan yang memerlukan pelaksanaan secara bersama dengan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA).

Katanya, ketika ini belum ada harga pasaran bagi 17 elemen tanah liat yang diestrak dari kerja-kerja melombong yang membolehkan REE menjadi sumber pendapatan yang banyak kepada kerajaan negeri dan sekali gus membantu mengatasi perbelanjaan defisit bagi tahun hadapan.

(Muhammad Sanusi dalam sidang media selepas membentangkan Bajet 2023 di Wisma Darul Aman)

"Memang ada sedikit peningkatan defisit perbelanjaan masih dalam kadar yang dibenarkan, kita akan atasi dengan perbenlanjaan berhemah dan peningkatan kutipan hasil baharu yang saya jangka disumbangkan dengan banyak," kata Muhammad Sanusi di sini.

Terdahulu beliau membentangkan Bajet 2023 Kedah berjumlah RM1.059 bilion dengan jangkaan defisit 14.17 peratus atau RM104.12 juta.

Pihaknya mencadangkan peruntukan perbelanjaan mengurus berjumlah RM839.12 juta dengan RM104.04 juta daripada jumlah itu adalah sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan.

Media Baharu