SEGAMAT, 4 Ogos – Sepasang suami isteri maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar tiang elektrik di Kilometer 13 Jalan Segamat-Kuantan, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Segamat, Penguasa Polis (Supt) Ahmad Zamry Marinsah berkata, kejadian membabitkan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki tempatan menuju ke arah Segamat.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh tiang elektrik.
"Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat bagi membantu siasatan," tambah Supt Ahmad Zamry.