RM100,000 pacu pendigitalan SK Bebuloh, tingkat kualiti pembelajaran

Majlis penyerahan peruntukan RM100,000 menerusi Program Sekolah Angkat MADANI kepada SK Bebuloh, Labuan

LABUAN, 13 November – Sebanyak RM100,000 peruntukan daripada Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) menerusi Program Sekolah Angkat MADANI dimanfaatkan untuk melaksanakan projek pendigitalan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bebuloh, Labuan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemasangan Smart Board dan Smart TV memperkenalkan penggunaan teknologi digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Pemilihan SK Bebuloh selaras hasrat kerajaan memperluas penggunaan teknologi digital sejak peringkat awal persekolahan.
  • Guru Besar menyatakan PdP sebelum ini banyak bergantung kepada papan tulis dan buku teks, kurang menarik minat serta tumpuan murid.
  • Inisiatif merangkumi pengaktifan semula pondok bacaan bagi menambah ruang pembelajaran dan memupuk aktiviti membaca murid.

Ketua Pengarah JWP, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain berkata, peruntukan itu bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih interaktif dan menarik seperti menyediakan kemudahan teknologi seperti Smart Board dan Smart TV bagi memperkenalkan penggunaan teknologi digital kepada murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

“Pemilihan SK Bebuloh sebagai Sekolah Angkat MADANI selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperluas penggunaan teknologi digital, termasuk dalam sektor pendidikan sejak peringkat awal persekolahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan peruntukan RM100,000 menerusi Program Sekolah Angkat MADANI kepada SK Bebuloh di sini.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Yahya Ahmad Puteh dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail.

Sementara itu, Guru Besar SK Bebuloh, Maidan Dali @ Sumardi Yusoff berkata, sebelum ini proses PdP sekolah itu banyak bergantung kepada penggunaan papan tulis dan buku teks yang didapati kurang menarik minat serta tumpuan murid.

“Dengan penggunaan Smart Board dan Smart TV memudahkan penyampaian pengajaran oleh guru, selain menjadikan murid lebih teruja dan fokus mengikuti pembelajaran di dalam kelas.

“Inisiatif berkenaan turut merangkumi usaha mengaktifkan semula pondok bacaan sekolah, sekali gus menambah ruang pembelajaran serta aktiviti membaca dalam kalangan murid,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.