fb fb fb fb fb

RM100 juta diperuntuk untuk bina rumah baharu dan baiki rumah yang terjejas banjir

PUTRAJAYA, 10 Januari - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) meneruskan komitmen bantuan banjir Keluarga Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.

Inisiatif bagi membina semula dan membaik pulih rumah yang terkesan akibat banjir dikenali sebagai INISIATIF RUMAH KASIH KELUARGA MALAYSIA yang melibatkan tiga fasa pelaksanaanya.

Kedua-dua kementerian masing-masing memperuntukan RM50 juta bagi usaha itu dengan kos sebanyak RM5,000 hingga RM15,000 bagi kos baik pulih rumah dan RM56,000 bagi kos bina baharu.

Inisiatif melibatkan peranan pelbagai pihak antaranya Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Kewangan (MOF), Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM), Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), serta diperingkat negeri seperti Pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Negeri.

Setakat ini terdapat 8,257 rumah yang terjejas akibat banjir. 118 daripadanya bagi pembinaan baharu, manakala 8,139 bagi baik pulih rumah.

Media Baharu