FOTO AFP
YANGON, 10 Januari- Mahkamah Junta Myanmar mengenakan hukuman penjara empat tahun terhadap pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi atas tiga dakwaan jenayah terhadapnya.
Suu Kyi ditahan ketika rampasan kuasa oleh pihak tentera pada 1 Februari tahun lalu.
Menurut sumber, penerima Nobel berumur 76 tahun itu didapati bersalah atas dua tuduhan mengimport dan memiliki "walkie-talkies" secara haram dan melanggar peraturan berkaitan sekatan pandemik COVID-19.
Jurucakap Junta, Mejar Jeneral Zaw Min Tun mengesahkan keputusan dan hukuman tersebut sambil menegaskan Suu Kyi akan terus dikenakan tahanan rumah sementara kes-kes yang lain masih dalam proses mahkamah.
Disember lalu, Suu Kyi dikenakan hukuman penjara empat tahun atas kesalahan ingkar dan melanggar peraturan sekatan COVID-19 ketika kempen politiknya.
Namun Ketua Junta, Min Aung Hlaing memendekkan tempoh hukuman kepada hanya dua tahun dan perlu menjalani hukuman tahanan rumah di Naypyidaw. -AFP