fb fb fb fb fb

RisSMart24 bantu pasar produk tempatan, tingkat pendapatan usahawan

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

SHAH ALAM, 2 Disember - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan produk hasil keluaran Lembaga Kemajuan Desa dan Wilayah, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan masyarakat arang asli dipasarkan menerusi RisSMart24.

Menurut beliau, usaha itu dilaksanakan bagi membantu meningkatkan pendapatan bagi usahawan mikro, kecil dan sederhana apabila mereka bekerjasama memasarkan produk di kedai serbaneka itu.

"Sebanyak 134 produk daripada usahawan Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah dipasarkan melalui Rissmart ini dan saya juga telah mengarahkan agar produk kepada usahawan MARA usahawan daripada lembaga kemajuan wilayah dan orang asli untuk dipasarkan RisSMart24 ini.

"Mudah-mudahan dengan cara ini kita boleh membantu usahawan kecil dan mikro untuk memasarkan produk ini di pasaraya dan pasar mini di lokasi tertentu RiRisSMart24 ini," kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan perasmian RisSMart24 dan pelancaran Syiling Peringatan Jubli Emas Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah, RISDA di Shah Alam.

Dalam majlis itu, Kumpulan RISDA Holdings menyasarkan penambahan enam lagi outlet RisSMart24 dalam masa terdekat di kawasan Ampang, Damansara dan Cyberjaya.

Beroperasi sejak September lalu, RisSMart24 kini mempunyai lima cawangan di sekitar Lembah Klang dengan menyediakan 4,000 jenis produk.

Manakala 164 produk hasil usahawan bimbingan RISDA turut dipasarkan di setiap cawangan.

 

TETITIA YUSOFF