KUALA LUMPUR, 28 November– Kepadatan penduduk, permintaan pasaran dan ekosistem perniagaan perlu bergerak seiring dengan perubahan semasa dan cabaran global.
Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Datuk Borhan Aman Shah, berkata keseimbangan ini hanya dapat dicapai melalui kerjasama bersepadu melibatkan kerajaan, agensi berkaitan, badan bukan kerajaan dan sektor swasta.
"Saya percaya kerjasama berkesan antara kerajaan, agensi, badan-badan berkaitan serta sektor sosial akan terus mengukuhkan daya saing negeri Selangor.
Saya juga berharap Madani Business Award 2025 menjadi platform penting untuk mengetengahkan syarikat dan usahawan berwibawa yang boleh dijadikan teladan kepada generasi baharu." katanya.
Beliau berucap pada majlis Madani Business Awards 2025 di sini hari ini.
Majlis tersebut mengiktiraf lebih 50 ketua pegawai eksekutif, usahawan dan entiti korporat yang berjaya menggabungkan kejayaan perniagaan dengan impak sosial.
Ini selaras dengan enam nilai Malaysia Madani termasuk kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan yang juga sejajar di bawah tema “Excellence With Values”
Nilai Ihsan dan Amanah turut ditekankan sebagai asas penting dalam memastikan perniagaan memberi manfaat kepada masyarakat secara adil, beretika dan bertanggungjawab.
Majlis itu disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.