fb fb fb fb fb

Rise Up Talent: MSNJ lantik 22 guru latih akar umbi

(FOTO RTM)

ISKANDAR PUTERI, 9 Mei-Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) mengambil inisiatif, melantik 22 guru sekolah menengah dan rendah di Johor, sebagai jurulatih, bagi pembangunan atlet di peringkat akar umbi, menerusi Program Rise Up Talent.

Penolong Pengarah Bahagian Prestasi Tinggi dan Sains Sukan MSNJ, Mohamad Syafiq Hassan berkata, setiap guru akan melatih 15 pelajar di 22 sekolah di semua daerah.

Guru terlibat akan memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan sains sukan, seperti  latihan pergerakan, melontar, dan teknik berlari yang tepat.

Latihan tersebut bersifat menyeluruh, dan mampu memainkan peranan penting bagi mempersiapkan pelajar untuk menceburi mana -mana bidang sukan.

"Selalunya jurulatih ini diajar untuk spesifik sukan, tapi kita tidak melatih jurulatih ini untuk spesifik sukan.

" Jadi kita ajar mereka dari segi asas teknik latihan bermula dari awal. Kita hendak atlet ini dapat mengaplikasikan sains sukan dari peringkat lebih awal lagi", katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Parasmian Program Rise Up Talent dan Pelancaran Modul Asas Kejurulatihan Sukan negeri Johor di sini.

Menurut Mohamad Syafiq, jumlah guru serta pelajar telibat, akan meningkat sekiranya inisiatif tersebut menerima sambutan baik dikalangan guru dan pentadbir sekolah.

Program Rise Up Talent menerima lebih 200 permohonan daripada guru-guru di seluruh Johor, sebelum saringan dijalankan.


(Penolong Pengarah Bahagian Prestasi Tinggi dan Sains Sukan MSNJ, Mohamad Syafiq
Hassan/Foto RTM)

Media Baharu