fb fb fb fb fb

Isu dan konflik tidak seharusnya jejaskan kemajuan ASEAN - Zambry

LABUAN BAJO, 9 Mei - Isu dan konflik yang berlaku di mana-mana negara anggota ASEAN tidak seharusnya menjejaskan kemajuan ASEAN secara keseluruhan.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata ASEAN mempunyai potensi besar untuk berkembang maju dalam pelbagai bidang dan mencatatkan pertumbuhan terutama dalam aspek ekonomi.

Ini juga katanya selari dengan pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melihat rantau ASEAN menjadi contoh kepada negara-negara lain walaupun mempunyai isunya sendiri.

(Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir)

"Jadi pandangan Malaysia ialah kita tidak mahu diseret terus hingga kita lupa matlamat ASEAN dan potensi ASEAN yang boleh diterokai secara bersama oleh semua anggota-anggota ASEAN khususnya dalam konteks kerjasama ekonomi dan merangka pertumbuhan yang sama," katanya pada sidang media sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-42, di sini.

Tambah Zambry, pelaksanaan Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina dan Sidang Kemuncak Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand, merupakan antara contoh usaha yang dapat memberi manfaat dan keuntungan kepada negara ASEAN terlibat.

Media Baharu