fb fb fb fb fb

Hutan Simpan Panti diwartakan sebagai Hutan Perlindungan Hidupan Liar dan Penyelidikan

(FOTO RTM)

JOHOR BAHRU, 9 Mei-Hutan Simpan Panti di Kota Tinggi, Johor akan diwarta sebagai Hutan Perlindungan Hidupan Liar dan Hutan Penyelidikan.

Pewartawaan kawasan seluas 13,512 hektar itu dibuat mengikut Seksyen 10 (1) Enakmen Perhutanan Negara (pemakaian) 1985 Negeri Johor.

Pengarah Jabatan Perhutanan negeri Johor, Datuk Salim Aman berkata, kerajaan negeri komited memastikan perlindungan hidupan liar serta memelihara kawasan biodiversiti.

Menurutnya,pewartaan tersebut dibuat hasil Panti Conservation Area, PCA yang berjaya menemui pelbagai penemuan baharu menerusi ekspedisi hutan di Hutan Simpan Panti, Ogos tahun lalu.

"Hutan Simpan Panti bakal menjadi kawasan perlindungan sepenuhnya diwartakan sebagai hutan perlindungan hidupan liar dan Hutan Penyelidikan.

"Ini bermakna kawasan hutan Simpan Panti telah bertukar menjadi hutan perlindungan sepenuhnya", katanya ketika ditemui di sini.

RM300,000 bakal diperuntukan bagi kerja-kerja menaik taraf kawasan Konservasi Panti bagi tujuan penyelidikan, pendidikan dan eko pelancongan.


(Pengarah Jabatan Perhutanan negeri Johor, Datuk Salim Aman/Foto RTM)

Media Baharu