fb fb fb fb fb

RISDA sedia tangani masalah sekuriti makanan negara

JEMPOL, 21 Mei - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bersedia menangani masalah sekuriti makanan negara melalui pelbagai inisiatif termasuk membangunkan kilang ternakan makanan di Durian Mas, Terengganu dengan menggalakkan penanaman jagung untuk ternakan.

Pengerusi RISDA, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif berkata usaha itu akan menggalakkan pekebun kecil menanam jagung yang khas untuk ternakan sekali gus dapat meningkatkan pendapatan mereka melalui program yang dilaksanakan.

"Jadi untuk soal sekuriti makanan ini bagi kita RISDA telah bersedia malah RISDA juga akan membangunkan kilang makanan yang berada di Durian Emas,Terengganu yang mana kita akan galakkan pekebun kecil menanam jagung yang khas untuk ternakan jadi kita nak kurangkan import daripada luar supaya nilai mata wang kita (dapat) kawal," kata beliau ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Jempol dan RISDA Malaysia di Dataran Bandar Seri Jempol, di sini.


(Foto hiasan)

Dalam pada itu, kerajaan melalui RISDA memperuntuk sebanyak RM508 juta pada tahun ini bagi melaksanakan program pembangunan pekebun kecil.

Ia melibatkan Program Pembangunan Kawasan Bertanam Getah sebanyak RM99 juta, Program Peningkatan Produktiviti sebanyak RM19 juta dan Program Pembangunan Semula Hasil Baharu sebanyak RM7 juta.

Program tersebut dijangka dapat dimanfaatkan oleh lebih 300,000 pekebun kecil yang aktif di seluruh negara.

Media Baharu