fb fb fb fb fb

Agong dan Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada penembak dan skuad karate negara

KUALA LUMPUR, 21 Mei- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada penembak negara dan pasukan karate lelaki yang berjaya meraih emas pada Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam, semalam .

Dalam catatan di laman Facebook rasmi Istana Negara, Seri Paduka memuji penembak negara Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin, dan pasukan karate lelaki atas pencapaian mereka dalam acara sukan dwitahunan itu.

Nurul Syasya Nadiah memenangi pingat emas ke-35 Malaysia semalam, selepas memenangi acara air pistol 10 meter wanita dalam penampilan sulungnya di Sukan SEA.

Pingat emas ke-36 negara pula dihadiahkan oleh skuad karate negara menerusi barisan kumite berpasukan lelaki – S. Prem Kumar, Sureeya Sankar dan R. Sharmendran yang menewaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir.

Kemenangan skuad karate membantu kontinjen Malaysia mencapai sasaran 36 emas.

Media Baharu