fb fb fb fb fb

Mayat pendaki kedua Gunung Suku ditemui

IPOH, 21 Mei- Mayat wanita kedua yang hilang selepas dihanyutkan kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku dekat Simpang Pulai di sini pada Ahad lalu, ditemui pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, mayat ditemui di bawah timbunan kayu dekat kawasan terowong berhampiran jalan besar dalam keadaan sempurna anggota badan.

Mangsa ditemuiĀ pada pukul 11.22 pagi oleh Unit Anjing Pengesan (K9) dengan kesan kecederaan pada badan dan kepala.

Mayat kemudiannya diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk proses pengecaman.

(Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui di bawah timbunan kayu)

Sebelum ini, pasukan penyelamat telah menemui beberapa cebisan anggota badan dipercayai milik seorang lagi mangsa.

Identiti kedua-duanya bagaimanapun masih belum disahkan lagi.

Media Baharu