fb fb fb fb fb

Kempen Wakaf Masjid Hijau: KASA sasar sumbangan RM1 juta

KUALA LUMPUR, 21 Mei- Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menyasarkan sumbangan RM1 juta daripada orang ramai menerusi kempen Wakaf Masjid Hijau: RM1 Ke Arah Melestarikan Alam Sekitar untuk tahun ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Mansor Othman berkata, pihaknya menggalakkan penglibatan dan sumbangan daripada syarikat swasta melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

"Masjid bukan sahaja dijadikan sebagai tempat ibadah namun ia juga berperanan untuk membangunkan dan memberi pendidikan kepada masyarakat.

Terbukti selepas diadakan kajian pada beberapa masjid, kita dapat kurang dan jimatkan kos operasi masjid, itu cukup bagus termasuk dapat jimat air dan elektrik," katanya selepas melancarkan Kempen Wakaf Masjid Hijau: RM1 Ke Arah Melestarikan Alam Sekitar dan penyerahan Kit Rumah Ibadat Hijau di Masjid Zaid Bin Harithsah, di sini.

(Datuk Mansor Othman, Timbalan Menteri KASA)

Jelas beliau, penyerahan kit Rumah Ibadat Hijau melibatkan lapan rumah ibadat angkat KASA dan agensi di bawahnya.

Ia merupakan sebahagian sumbangan dan permulaan untuk rumah ibadat terpilih bagi pelaksanaan aktiviti dan program berkaitan teknologi dan amalan hijau, sekaligus membudayakan amalan tersebut dalam kalangan masyarakat.

Media Baharu