fb fb fb fb fb

Dua insentif buat veteran ATM akan diumum dalam masa terdekat

PUTRAJAYA, 21 Mei- Dua insentif kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia merupakan komitmen kerajaan dalam menjamin kebajikan dan pembelaan golongan tersebut.

Jelas beliau, veteran ATM sentiasa diberi keutamaan dalam pelbagai agenda termasuk pendidikan, kesihatan dan perumahan.

"Saya nak tunggu masa sahaja untuk umumkannya kerana ada perkara yang melibatkan kementerian lain dan ada perkara yang melibatkan jabatan-jabatan lain.

Perkara tersebut bersandarkan kepada peruntukan, semua itu sedang dibincangkan dan saya beri jaminan mana-mana yang dapat diselesaikan kita akan umumkan sahaja, dua perkara dalam masa terdekat," katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Acara Perbarisan Veteran sempena Sambutan 100 Tahun Persatuan Veteran ATM (PVATM) di Dataran Pahlawan, di sini.

(Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang media selepas menyempurnakan Acara Perbarisan Veteran
sempena Sambutan 100 Tahun PVATM di Dataran Pahlawan)

Dalam perkembangan lain beliau memaklumkan, semua 14 unit kedai di kompleks perumahan Residensi Sateria yang dirasmikannya semalam diberi untuk manfaat usahawan veteran ATM.

Media Baharu