fb fb fb fb fb

Kanak-kanak lelaki disyaki dibaham buaya

KUCHING, 21 Mei- Seorang kanak-kanak lelaki disyaki dibaham buaya di tebing sungai berdekatan Kampung Nyabut, Telaga Air, di sini.

Mangsa dikatakan bersama nenek dan kakaknya sedang mengambil air di tebing sungai berkenaan sebelum diserang reptilia tersebut kira-kira pukul 8.30 pagi.

Menurut saksi, mangsa tidak timbul selepas kejadian itu dan hilang ke dalam sungai.

(Lokasi mangsa dikatakan diserang buaya ketika sedang mengambil air)

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat digerakkan Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Petra Jaya dibantu Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar dari Perbadanan Perhutanan Sarawak.

Media Baharu