fb fb fb fb fb

HFMD: Lebih 40 tadika di Perak ditutup

SELAMA, 21 Mei- Kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Perak mencatat peningkatan sebanyak 15 kali ganda.

Menurut Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar, dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin, lebih 40 tadika telah ditutup setakat ini bagi membendung penularan wabak tersebut.

Jelas beliau, pihaknya tidak menolak kemungkinan lebih banyak tadika akan ditutup dalam masa terdekat.

"Daripada lebih 40 tadika yang ditutup itu, tertinggi adalah di daerah Kinta iaitu 20 tadika telah ditutup dan yang selebihnya adalah di Perak Tengah, lebih kurang enam atau tujuh yang telah ditutup.

Jadi kita nasihatkan semua berhati-hati terutama ibu bapa dalam menghadapai masalah ini dan juga mereka yang berkhidmat di tadika supaya menjaga kebersihan dengan baik," katanya ketika menghadiri Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Larut di Dewan Majlis Daerah Selama di sini.

(Mohd Akmal Kamarudin, Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar, dan Teknologi Hijau negeri)

Tambah beliau, meski berlaku peningkatan kes, namun tiada kematian dilaporkan akibat penyakit berkenaan.

Media Baharu