fb fb fb fb fb

RISDA disaran pelbagaikan produk hiliran getah

Foto FB Zahid Hamidi

BAGAN DATUK, 26 April- Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), disaran berusaha mempelbagaikan produk hiliran berasaskan getah.

Ia sebagai langkah jangka panjang, untuk menstabilkan harga komoditi itu dalam pasaran tempatan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha itu penting bagi memastikan pekebun kecil tidak hanya bergantung kepada pengumuman kerajaan untuk mengawal harga.

Sebaliknya mereka mampu mewujudkan permintaan berterusan terhadap produk berasaskan getah.

Beliau berkata, getah sekerap boleh menghasilkan produk seperti bahan api bio seperti diesel dan petrol.

Produk tersebut mendapat pengiktirafan badan-badan piawaian dan mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan.

Terdahulu, Ahmad Zahid merasmikan Majlis Karnival RISDA MADANI (KARRISMA) Zon Utara Tahun 2025.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM