Ribut petir, hujan lebat dijangka landa 5 negeri hingga 1 tengah hari

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 10 September – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lima negeri hingga 1 tengah hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • MetMalaysia keluarkan kenyataan memaklumkan negeri terlibat: Perlis, Kedah, Perak, Selangor dan Johor.
  • Kawasan terjejas di Kedah: Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar.
  • Di Perak, kawasan terlibat termasuk Kerian, Larut Matang, Selama, Manjung dan Bagan Datuk.
  • Amaran sama untuk Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang) dan Johor (Pontian, Kulai, Johor Bahru, Kota Tinggi).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah di seluruh Perlis, Kedah, Perak, Selangor dan Johor.

Beberapa kawasan di Kedah, dijangka terjejas ialah Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar, manakala di Perak melibatkan Kerian, Larut Matang, Selama, Manjung dan Bagan Datuk.

Amaran sama dikeluarkan bagi negeri Selangor yang melibatkan kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang, manakala di Johor melibatkan kawasan Pontian, Kulai, Johor Bahru dan Kota Tinggi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.