Ribut petir, hujan lebat di Pahang, Johor dan Sarawak sehingga 1 tengah hari

Foto hiasan janaan AI

KUALA LUMPUR, 18 Februari- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan tiga negeri iaitu Pahang, Sarawak dan Sabah sehingga 1.00 tengah hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan untuk Pahang, Johor dan Sarawak hingga 1 tengah hari.
  • Di Pahang, kawasan terjejas termasuk Kuantan, Pekan dan Rompin.
  • Di Sarawak, amaran melibatkan Kuching serta kawasan Samarahan dan Asajaya.
  • Amaran dikeluarkan apabila hujan lebih 20 mm sejam atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

MetMalaysia memaklumkan di Pahang, kawasan terlibat ialah Kuantan, Pekan dan Rompin.

Di Sarawak, amaran melibatkan Kuching, Samarahan dan Asajaya manakala di Sabah membabitkan Kinabatangan dan Sandakan.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.