KUALA LUMPUR, 16 September - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 6.00 petang hari ini melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak dan Sabah.
Di Kelantan, kawasan terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai; manakala di Terengganu meliputi Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.
Bagi Sarawak, kawasan yang dijangka terkesan termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang.
Di Sabah, amaran membabitkan Pedalaman (Kuala Penyu), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran), Tawau (Tawau, Kunak, Semporna) serta Sandakan (Telupid, Beluran).
MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan pada 3.15 petang dan merupakan amaran jangka pendek, berkuat kuasa tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.
Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.