fb fb fb fb fb

Ribut petir dijangka landa Perak, Selangor dan Sabah

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 19 November - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pada Rabu mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa kawasan di Perak, Selangor dan Sabah.

Menurut METMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak.

"Di Selangor, amaran berkenaan melibatkan Sabak Bernam dan Kuala Selangor, manakala di Sabah membabitkan kawasan Sandakan, Pitas dan Kudat.

"Keadaan cuaca berkenaan dijangka berterusan sehingga pukul 1.00 tengah hari pada Khamis," menurut kenyataan tersebut.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM