fb fb fb fb fb

Ribut petir di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga 1 tengah hari ini

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 1.00 tengah hari ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan berkata, kawasan di Sarawak yang dijangka terjejas termasuk Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang.

Bagi Sabah pula, amaran melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Tawau (Semporna) dan Sandakan (Sandakan).

Wilayah Persekutuan Labuan turut disenaraikan.

“Amaran ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada, menghentikan aktiviti luar dan memantau perkembangan cuaca melalui laman rasmi MetMalaysia serta media sosial.

GRACE AISYAH KEDAYAN