fb fb fb fb fb

Ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri hingga 6 petang

Foto hiasan

PETALING JAYA, 2 Oktober - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga pukul 6.00 petang ini.

MET Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan, cuaca tersebut dijangka di beberapa kawasan di Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

Keadaan sama turut diramal melanda Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin), selain beberapa kawasan di Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).

Selain itu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau) dan Johor.

Manakala di Sarawak iaitu Kuching, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit (Song dan Belaga), Miri (Telang Usan) dan Limbang dan di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan).

ROSLINA BINTI DIN