fb fb fb fb fb

Ribut di Marang akibatkan kerosakan hampir 30 rumah dan premis perniagaan

(Kejadian ribut di Marang yang sempat dirakam oleh orang awam)

MARANG, 31 Oktober- Hampir 30 buah rumah kediaman dan premis perniagaan rosak dalam kejadian ribut di Kampung Undang, Marang petang tadi.

Kejadian ribut berserta angin puting beliung kira-kira 10 minit itu berlaku pada pukul 2.30 petang.

Menerusi video yang tular di media sosial petang tadi menyaksikan kebanyakan premis terlibat mengalami kerosakan di bahagian bumbung.

Kejadian dipercayai bermula dengan hujan renyai kemudian secara tiba-tiba dibadai dengan pusaran angin yang kuat dan mengakibatkan kerosakan premis penduduk di kampung berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Undang, Daud Hassan memberitahu, pihaknya masih menjalankan nilaian jumlah keseluruhan premis yang rosak dalan kejadian ribut itu.

Dalam masa sama, tiada kemalangan jiwa di laporkan.

Nilai kerugian masih belum dapat dipastikan, namun bantuan segera akan disalurkan bagi meringankan beban dan keselesaan penduduk yang terlibat.

Hujan kerap pada masa ini susulan peralihan ke musim monsun timur laut.

(Tangkap layar rakaman video ribut di Marang)

Media Baharu